MENGENAI PERSATUAN MELAYU ABERDEEN
Organisasi kami dikenali sebagai Persatuan Melayu Aberdeen (PMA). Mula dihidupkan kembali pada tahun 2006. Tujuannya adalah menghimpunkan keluarga melayu yang berada di Aberdeen terdiri dari kumpulan profesional dan juga penuntut yang melanjutkan pengajian masing-masing di dua buah universiti terkemuka di Scotland, Universiti Aberdeen dan Universiti Robert Gordon.

Menyedari
rumpun melayu yang ramai di sini malah terdiri dari warga Malaysia,
Singapura, Indonesia dan juga Brunei, maka persatuan ini mengambil
tujuan ukhuwwah serta jalinan kerjasama bagi mencapai objektif seperti
berikut:
OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN MELAYU ABERDEEN :-
- Menghimpunkan masyarakat Melayu di Aberdeen dan di kawasan sekitarnya.
- Menjadi wadah ke arah saling mengenali, mempertautkan ukhuwwah dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga Melayu.
- Menjadi ruang untuk berbincang hal-ehwal keagamaan dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan.
- Berkongsi dan membantu terutamanya dalam hal-hal kebajikan dan kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment